Thursday, June 19, 2008

Doakan Baginda Berjaya...





JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Iskandar semalam menegaskan baginda akan berikhtiar mencari jalan bagi mendapatkan semula hak kedaulatan Pulau Batu Puteh yang kini dimiliki Singapura. "Saya suka mengingatkan semua, saya tidak lupa bahawa pulau saya, Pulau Batu Puteh itu bukan hak milik Singapura... ia hak Johor.

Pada 23 Mei lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Pulau Batu Puteh dimiliki Singapura manakala Malaysia mendapat Batuan Tengah yang terletak tidak jauh dari pulau itu. Apa pun yang beliau akan lakukan, kita doakan agar berjaya amnya kepada rakyat Malaysia dan khusus kepada rakyat Johor. suatu ketika dahulu memang kita kalah tetapi kita kalah bukan bermakna kita tidak melawan. selagi kita mampu, kita cuba pertahankan. Dan walaupun kita sudah kalah, bukan bermakna kita tidak mampu untuk melawan lagi..

p/s : geseklah biola dan ikutlah rentak iramanya. Jangan sampai orang lain menggesek biola dan kita yang mengikut rentak mereka..

No comments: