Sunday, September 7, 2008

wajarkah pentadbiran baru wujud di bumi bertuah ini?

kabinet bayangan Anwar....
so, kawan ada membuat perkiraan.. andaikan kerajaan baru yg hendak dibentuk, memerlukan 2/3 kerusi yg ada.. fine..apa kata kita mencongak sekejap..
BN :140 kerusi(MP Islam - 89 kerusi, MP bukan Islam - 51 kerusi)
PKR : 82 kerusi (MP Islam - 43 kerusi,, MP bukan Islam - 39 kerusi)
katakanlah 30 yg melompat,semua bukan Islam,
maka kerusi PKR : 43 MP Islam dan 69 MP bukan islam .
jika 30 yg melompat, 5 islam dan 25 bukan islam,
maka, PKR ; 48 MP Islam dan 64 bukan Islam.
jika inilah yg anwar inginkan, maka dia akan memusnahkan Islam & Melayu di M'sia.
kawan x mau jadi mcm ni.. dia harus ditentang!!

Thursday, June 19, 2008

Doakan Baginda Berjaya...





JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Iskandar semalam menegaskan baginda akan berikhtiar mencari jalan bagi mendapatkan semula hak kedaulatan Pulau Batu Puteh yang kini dimiliki Singapura. "Saya suka mengingatkan semua, saya tidak lupa bahawa pulau saya, Pulau Batu Puteh itu bukan hak milik Singapura... ia hak Johor.

Pada 23 Mei lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Pulau Batu Puteh dimiliki Singapura manakala Malaysia mendapat Batuan Tengah yang terletak tidak jauh dari pulau itu. Apa pun yang beliau akan lakukan, kita doakan agar berjaya amnya kepada rakyat Malaysia dan khusus kepada rakyat Johor. suatu ketika dahulu memang kita kalah tetapi kita kalah bukan bermakna kita tidak melawan. selagi kita mampu, kita cuba pertahankan. Dan walaupun kita sudah kalah, bukan bermakna kita tidak mampu untuk melawan lagi..

p/s : geseklah biola dan ikutlah rentak iramanya. Jangan sampai orang lain menggesek biola dan kita yang mengikut rentak mereka..

Tuesday, May 20, 2008

Mengapa harus takut?


Petikan dari akhbar Utusan Malaysia..

KUALA LUMPUR 20 Mei - Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini menerima sepucuk sampul surat mengandungi nota ugutan berserta sebutir peluru hidup di pejabatnya di Jalan Pudu Lama di sini. Sampul berwarna kuning itu diserahkan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali kepada kerani pejabat guaman tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah hari ketika Karpal tiada di pejabat berkenaan. Karpal berkata, beliau hanya mengetahui hal itu apabila dimaklumkan oleh seorang keraninya melalui panggilan telefon kira-kira pukul 12.45 tengah hari ini. "Selepas diberitahu, saya terus ke pejabat dan mendapati memang ada sebutir peluru serta nota ugutan ditujukan kepada saya."Saya seterusnya membawa nota ugutan dan peluru berkenaan kepada polis untuk membuat laporan mengenainya," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini Menurutnya, nota ugutan itu antara lain memintanya supaya jangan mempersoalkan kuasa raja-raja Melayu dan ia adalah amaran pertama penghantarnya. Tambah beliau, wajah suspek kurang dikenal pasti oleh keraninya kerana lelaki tersebut memakai topi keledar bercermin selain beredar cepat selepas menyerahkan sampul surat berkenaan. "Lelaki itu beredar dengan menunggang sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan pejabat saya," katanya. Selain itu, Karpal yang mengakui takut dengan peristiwa berkenaan tidak menolak kemungkinan ia bermotifkan politik berdasarkan nota ugutan yang dihantar. Beliau bagaimanapun enggan mengulas sama ada hal tersebut berpunca daripada kenyataan beliau berhubung kes pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury sebelum ini. "Saya tidak mahu komen mengenai perkara ini kerana ia dalam siasatan polis dan saya tidak mahu sentuh perkara itu," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini mengesahkan menerima laporan kes berkenaan. "Polis akan menjalankan siasatan terperinci terhadap kes tersebut," jelasnya.


kawan melihat di sini, karpal singh ni bijak dalam aspek perundangan.. tetapi tidak pernah menghormati kedaulatan negara serta menjaga tatasusila diri.. maka, wajar la beliau mendapat ugutan dan sbgnya..